Lompat ke kandungan

Peringatan Kematian Yesus

Sabtu, 12 April 2025

Setiap tahun, Saksi-Saksi Yehuwa memperingati kematian Yesus seperti yang diperintahkan olehnya, “Teruslah melakukan hal ini untuk mengenang aku.”—Lukas 22:19.

Anda dijemput untuk menghadiri acara ini.

Soalan Lazim

Berapa lamakah program ini?

Program ini berlangsung kira-kira satu jam.

Di manakah lokasi program ini?

Sila hubungi Saksi-Saksi Yehuwa di kawasan anda untuk maklumat lanjut.

Adakah terdapat bayaran untuk menghadiri acara ini?

Tidak.

Adakah terdapat pungutan wang untuk acara ini?

Tidak.

Bagaimanakah seharusnya pakaian hadirin?

Walaupun tiada peraturan tentang hal ini, Saksi-Saksi Yehuwa berusaha mengikut prinsip Bible untuk berpakaian sopan. (1 Timotius 2:9) Anda tidak perlu memakai pakaian yang mahal atau formal.

Apakah yang akan berlaku semasa Peringatan ini?

Acara ini bermula dan berakhir dengan nyanyian lagu dan doa. Doa itu akan diucapkan oleh seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Bahagian utama acara ini ialah ceramah Bible. Ceramah ini menjelaskan pentingnya kematian Yesus dan bagaimana kita meraih manfaat daripada apa yang telah dilakukan oleh Tuhan dan Kristus demi kita.

Bilakah sambutan Peringatan akan diadakan?

2025: Sabtu, 12 April

2026: Khamis, 2 April