Lompat ke kandungan

Tirulah Iman Mereka—Menghayati Kisah Watak-Watak Bible

Siri ini menghidupkan kisah lelaki dan wanita yang memperlihatkan iman yang kukuh pada zaman Bible. a Anda dapat membina iman anda dan menghampiri Tuhan dengan meniru teladan iman hamba-hamba Tuhan tersebut.

Satu siri video yang juga bertajuk Tirulah Iman Mereka dapat bantu anda belajar lebih banyak daripada watak-watak Bible yang setia.

a Siri rencana ini mengandungi butiran-butiran yang tidak terdapat dalam Bible, yang bertujuan untuk membantu anda menyelami dan membayangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Penyelidikan yang teliti telah dibuat untuk memastikan bahawa semua butiran yang disertakan adalah selaras dengan kisah Bible, catatan sejarah, dan penemuan arkeologi.

Penciptaan hingga Banjir

“Habel Masih Berkata-kata meskipun Dia Sudah Mati”

Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada Habel dan iman yang ditunjukkannya?

Henokh—“Dia Sudah Menyenangkan Hati Tuhan”

Jika anda sedang menyara keluarga atau bergelut untuk mempertahankan apa yang benar, anda dapat belajar banyak daripada teladan Henokh.

“Nuh Hidup Akrab dengan Tuhan yang Benar”

Apakah cabaran yang dihadapi oleh Nuh dan isterinya semasa mereka membesarkan anak-anak mereka? Mengapakah dia harus mempunyai iman yang teguh semasa membina bahtera?

Banjir hingga Keluar dari Mesir

Abram​—“Bapa kepada Orang yang Beriman”

Bagaimanakah Abram menunjukkan iman? Bagaimanakah anda dapat meniru iman Abram?

Sara—“Engkau Perempuan Cantik”

Di Mesir, pegawai Firaun nampak kecantikan Sara. Ketahuilah apa yang terjadi selepas itu.

Sara—Tuhan Memanggilnya “Puteri”

Mengapakah nama baharu ini sesuai bagi sara?

Ayub—“Aku Akan Tetap Setia kepada Tuhan!”

Bagaimanakah kisah Ayub dapat membantu anda jika anda menghadapi kesusahan dan cabaran hidup?

Ayub​—Yehuwa Menyembuhkan Kesakitannya

Dengan meniru iman Ayub, kita dapat menghampakan niat Syaitan dan menggembirakan hati Yehuwa!

Miryam​—“Bernyanyilah untuk Yehuwa”!

Di Laut Merah, Miryam memimpin wanita Israel untuk menyanyikan lagu kemenangan. Kita dapat belajar daripada keberanian, iman, dan kerendahan hatinya.

Keluar dari Mesir hingga Raja Pertama di Israel

Rut​—“Ke Mana Saja Mak Pergi, ke Sanalah Saya Hendak Pergi Juga”

Mengapakah Rut sanggup meninggalkan keluarganya dan tanah airnya? Apakah sikap baik Rut yang membuatnya berharga di mata Yehuwa?

Rut​—“Wanita yang Sangat Baik”

Mengapakah perkahwinan Rut dan Boaz penting? Apakah yang dapat kita pelajari daripada Rut dan Naomi tentang erti keluarga sejati?

Hana Mencurahkan Isi Hatinya kepada Tuhan

Iman Hana membantunya menghadapi situasi yang susah dengan tabah.

Samuel “Terus Membesar dan Mendapat Perkenan Yehuwa”

Mengapakah zaman kanak-kanak Samuel amat istimewa? Apakah yang membantunya membina imannya?

Samuel Tabah Menghadapi Kekecewaan

Kita semua menghadapi kekecewaan dan kesusahan yang menguji iman. Apakah yang dapat kita pelajari daripada Samuel?

Raja Pertama di Israel hingga Kelahiran Yesus

Yonatan—“Yehuwa Dapat Memberikan Kemenangan”

Dengan hambanya saja, Yonatan menyerang tempat berkawal yang dijaga ketat dan memperoleh kemenangan yang bersejarah.

Daud—‘Yehuwa Sentiasa Menang dalam Peperangan’

Apakah yang membolehkan Daud menumpaskan Goliat? Apakah yang boleh kita pelajari daripada kisah Daud?

Daud dan Yonatan​—“Menjalin Persahabatan yang Erat”

Bagaimana dua lelaki yang mempunyai latar belakang dan umur yang berbeza menjadi sahabat rapat? Bagaimana pengalaman mereka membantu persahabatan anda hari ini?

Abigail Bertindak dengan Bijak

Apakah yang dapat kita pelajari daripada cara Abigail menangani perkahwinan yang buruk?

Elia Mempertahankan Ibadat Sejati

Bagaimanakah anda dapat meniru teladan Elia apabila berdepan dengan orang yang tidak bersetuju dengan ajaran Bible?

Elia Berjaga-jaga dan Menunggu

Bagaimanakah Nabi Elia menunjukkan bahawa dia menantikan Yehuwa untuk menunaikan janji-Nya?

Elia Mendapat Kelegaan daripada Tuhannya

Apakah peristiwa yang membuat Elia berasa murung sehingga dia mahu mati?

Elia​—Dia Bertabah sampai Akhir

Ketabahan dan kesetiaan Elia dapat menguatkan iman kita semasa menghadapi kesusahan.

Yunus Belajar daripada Kesilapannya

Dapatkah anda merasai ketakutan Yunus semasa dia menerima tugasan daripada Yehuwa? Kisah ini mengajar kita tentang kesabaran dan belas kasihan Yehuwa.

Yunus Belajar untuk Berbelas Kasihan

Bagaimanakah kisah Yunus membantu kita untuk menilai diri sendiri dengan jujur?

Ester Membela Umat Tuhan

Seperti Ester, iman dan keberanian diperlukan untuk memperlihatkan kasih dan sikap rela berkorban.

Ester Bertindak dengan Bijak dan Berani

Bagaimanakah Ester menunjukkan bahawa dia tidak mementingkan diri?

Kelahiran Yesus hingga Kematian Para Rasul

Maria​—“Aku Hamba Perempuan Yehuwa!”

Apakah yang dapat kita pelajari tentang iman Maria daripada reaksinya terhadap kata-kata Gabriel? Apakah sifat-sifat lain yang diperlihatkan olehnya?

Maria Menyimpannya dalam Hati

Pengalaman Maria di Betlehem menguatkan imannya terhadap janji-janji Yehuwa.

Yusuf Bertanggungjawab dan Setia

Bagaimanakah Yusuf melindungi keluarganya? Mengapakah dia membawa keluarganya ke Mesir?

Marta​—“Aku Percaya”

Bagaimanakah Marta memperlihatkan iman yang kukuh meskipun Lazarus baru meninggal?

Maria Magdalena​—“Aku Sudah Melihat Tuan!”

Wanita yang setia ini telah diberi peluang istimewa untuk menyampaikan berita baik kepada orang lain.

Petrus Melawan Rasa Takut dan Keraguan

Keraguan amat bahaya. Tetapi Petrus mengatasi rasa takut dan keraguannya untuk menjadi pengikut Yesus.

Petrus Setia meskipun Menghadapi Cubaan

Bagaimanakah iman dan kesetiaan membantu Petrus untuk menerima teguran Yesus?

Petrus Belajar Pengampunan daripada Tuannya

Apakah yang diajarkan oleh Yesus tentang pengampunan? Bagaimanakah Yesus membuktikan bahawa dia telah mengampuni Petrus?

Timotius—“Anak Kesayanganku yang Mengikut Tuan Yesus dengan Setia”

Apakah yang membantu Timotius berubah daripada seorang remaja yang pemalu menjadi seorang penyelia Kristian yang sangat baik?