Lompat ke kandungan

Adakah Bible Menyebut tentang Api Penyucian?

Adakah Bible Menyebut tentang Api Penyucian?

Jawapan Bible

 Tidak. Bible tidak menyebut tentang “api penyucian,” dan tidak mengajarkan bahawa jiwa orang mati akan dimurnikan dalam api penyucian. a Pertimbangkanlah apa yang diajar di dalam Bible tentang dosa dan kematian serta bagaimana doktrin api penyucian bercanggah dengan ajaran Bible.

  •   Kita dibebaskan daripada dosa kerana kita beriman terhadap darah Yesus, dan bukannya kerana api penyucian. Bible menyatakan bahawa ‘darah Yesus membersihkan kita daripada segala dosa’ dan bahawa “Yesus Kristus . . . membebaskan kita daripada dosa-dosa kita.” (1 Yohanes 1:7; Wahyu 1:5, Alkitab Berita Baik) Yesus telah ‘menyerahkan nyawanya untuk membebaskan banyak orang’ daripada dosa-dosa mereka.​—Matius 20:28, ABB.

  •   Orang yang sudah mati tidak tahu apa-apa pun. “Orang yang masih hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun.” (Pengkhutbah 9:5, ABB) Orang yang telah mati tidak dapat merasai kesakitan, maka mereka tidak dapat dimurnikan dalam api penyucian.

  •   Orang yang berdosa tidak akan dihukum selepas mati. Bible menyatakan bahawa “kematian adalah upah dosa” dan “apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa.” (Roma 6:​7, 23, ABB) Selepas kematian, semua hutang dosa seseorang sudah dilangsaikan, maka dia tidak akan dihukum lagi.

a Berkenaan api penyucian, buku Orpheus: A General History of Religions menyatakan bahawa “buku-buku Gospel tidak menyebut tentang api penyucian.” The New Catholic Encyclopedia juga membuat kesimpulan bahawa “doktrin Katolik tentang api penyucian berasaskan tradisi, dan bukannya Kitab Suci.”​—Edisi Kedua, Jilid 11, muka surat 825.

b Lihat New Catholic Encyclopedia, Edisi Kedua, Jilid 11, muka surat 824.