Lompat ke kandungan

Adakah Bible Mengandungi Catatan tentang Fikiran Tuhan?

Adakah Bible Mengandungi Catatan tentang Fikiran Tuhan?

Jawapan Bible

 Banyak penulis Bible berkata bahawa mereka menulis Bible di bawah bimbingan Tuhan. Perhatikan contoh-contoh berikut:

  •  Raja Daud: ‘Roh [Daya aktif] Yehuwa berfirman melalui aku; firman-Nya ada pada bibirku.’—2 Samuel 23:1, 2.

  •  Nabi Yesaya: ‘Yehuwa Raja Yang Maha Kuasa menyuruh aku pergi kepada Sebna, pengurus istana, dan berkata kepadanya.’—Yesaya 22:15.

  •  Rasul Yohanes: “Penyingkapan daripada Yesus Kristus yang disampaikan oleh Tuhan kepadanya.”—Wahyu 1:1.