Lompat ke kandungan

Bolehkah Orang Kristian Menggunakan Kaedah Pencegahan Kehamilan?

Bolehkah Orang Kristian Menggunakan Kaedah Pencegahan Kehamilan?

Jawapan Bible

 Yesus tidak mengarahkan pengikutnya untuk beranak atau melarang mereka berbuat demikian. Murid-murid Yesus juga tidak pernah memberikan arahan sedemikian, dan Bible juga tidak mengutuk penggunaan kaedah pencegahan kehamilan.

 Oleh itu, suami isteri bebas memilih sama ada untuk beranak atau tidak. Mereka juga boleh memutuskan bilangan anak yang diingini dan masa untuk memiliki anak. Jika mereka ingin menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang tidak melibatkan pengguguran kandungan, hal itu merupakan keputusan dan tanggungjawab peribadi. Tidak seorang pun boleh menghakimi mereka, kerana dalam hal ini, prinsip Bible menyatakan, “Kita bertanggungjawab kepada Tuhan atas perbuatan kita masing-masing.”—Roma 14:4, 10-13.