Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Muat Turun dan Atur Bahan Terbitan​—Android

Muat Turun dan Atur Bahan Terbitan​—Android

Terdapat ratusan buku, brosur, risalah, dan video yang dapat dibaca atau ditonton di JW Library tanpa sambungan Internet.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk muat turun dan atur bahan terbitan:

 Muat Turun Bahan Terbitan

Anda boleh muat turun seberapa banyak bahan yang diterbitkan. Kemudian, anda dapat membaca dan mempelajarinya tanpa sambungan Internet.

  • Buka bahagian navigasi dan tekan tab Bahan Terbitan untuk melihat senarai bahan yang diterbitkan.

  • Tekan butang Bahasa untuk melihat senarai semua bahasa yang mengandungi bahan yang boleh dimuat turun. Pilih bahasa yang anda ingini. Bahasa yang biasa anda gunakan terdapat di atas senarai itu. Anda juga boleh mencari dalam senarai itu dengan menaip nama bahasa.

Di JW Library, terdapat beberapa cara untuk mencari bahan yang diterbitkan.

Bahagian Ikut Jenis menunjukkan bahan-bahan bagi bahasa yang anda pilih. Bahan tersebut dikategorikan mengikut jenis seperti Buku, Risalah, atau Video. Anda boleh membuat pilihan di bahagian tersebut. Contohnya, majalah Menara Pengawal dikategorikan mengikut tahun, bahagian video juga mengandungi beberapa kategori. Anda boleh menekan tab Semua Jenis untuk melihat semula senarai bagi bahagian ikut jenis.

Bahagian Terkini menunjukkan bahan-bahan yang baru diterbitkan dalam bahasa yang anda pilih.

Bahan yang belum dimuat turun akan ditandakan dengan ikon berbentuk awan. Tekan ikon itu untuk memuat turun bahan tersebut. Setelah dimuat turun, ikon itu akan hilang. Tekan bahan itu sekali lagi untuk membacanya.

Bahagian Sudah Dimuat Turun menunjukkan semua bahan yang telah dimuat turun dalam pelbagai bahasa. Anda boleh menyusun senarai tersebut berdasarkan Kerap Digunakan, Jarang Digunakan, atau Saiz Terbesar.

 Padam Bahan Terbitan

Anda boleh memadam bahan yang tidak lagi diperlukan, atau jika anda ingin mengurangkan penggunaan memori alat elektronik anda.

Buka bahagian navigasi dan tekan tab Bahan Terbitan diikuti dengan jenis bahan (contohnya, Buku) untuk melihat senarai bahan yang diterbitkan. Untuk memadamkan sesebuah bahan terbitan, tekan butang Lebih Banyak dan tekan Padam.

Jika anda ingin mengurangkan penggunaan memori alat elektronik anda, anda boleh memadamkan bahan yang jarang digunakan atau bahan yang mengambil ruangan memori yang besar. Tekan tab Bahan Terbitan diikuti dengan bahagian Sudah Dimuat Turun. Selepas itu, anda boleh menyusun senarai tersebut berdasarkan Jarang Digunakan atau Saiz Terbesar. Padam bahan yang tidak lagi diperlukan.

 Dapatkan Ciri-Ciri Terkini bagi Bahan Terbitan

Dari semasa ke semasa, bahan yang telah dimuat turun mungkin boleh dikemaskinikan.

Bahan yang telah dikemaskinikan akan ditandakan dengan ikon muat semula. Apabila anda tekan pada bahan tersebut, anda dapat melihat mesej yang mengatakan bahawa bahan itu telah dikemaskinikan. Tekan Muat Turun untuk mengemaskinikan bahan tersebut, atau tekan Nanti untuk terus membacanya dengan menggunakan versi yang dimiliki.

Untuk melihat sama ada bahan yang dimuat turun telah dikemaskinikan, buka bahagian navigasi dan tekan tab Bahan Terbitan. Anda akan melihat bahagian Belum Dikemaskinikan jika terdapat bahan yang boleh dikemaskinikan. Tekan butang itu untuk melihat semua bahan yang belum dikemaskinikan. Anda boleh tekan pada bahan itu, atau tekan butang Kemas Kini Semua untuk memuat turun semua bahan yang telah dikemaskinikan.

Ciri-ciri ini boleh didapati sejak Februari 2015 di JW Library 1.4, yang boleh digunakan bagi Android 2.3 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat ciri-ciri ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—Android,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.