Lompat ke kandungan

Gambaran bangunan empat tingkat di Angola apabila pengubahsuaian selesai nanti

25 APRIL 2022
ANGOLA

Pengubahsuaian Bangunan Tambahan bagi Cawangan Angola

Pengubahsuaian Bangunan Tambahan bagi Cawangan Angola

Pada Jun 2022, kerja pengubahsuaian bangunan empat tingkat bagi cawangan Angola akan bermula. Bangunan itu akan mempunyai apartmen dan pejabat untuk saudara saudari yang tinggal dan kerja di situ. Buat masa ini, bangunan cawangan Angola (selesai dibina pada 2003), tidak mempunyai ruangan yang cukup untuk kesemua 207 ahli keluarga Bethel.

Jadi, ruangan tambahan diperlukan kerana sesetengah ahli keluarga Bethel kini masih tinggal di rumah sewa. Bangunan itu dibeli pada Disember 2021 dan tidak berapa jauh dari pejabat cawangan sekarang.

Bangunan yang akan diubah suai itu mengandungi 57 apartmen dan 60 pejabat. Setiap apartmen itu akan mengandungi ruangan pejabat rumah. Kawasan pejabat pula akan mengandungi ruangan terbuka serta tertutup. Bangunan itu juga merangkumi bilik-bilik serba guna dan persidangan. Dinding-dinding di ruangan pejabat pula mudah dialihkan, dipasang semula, atau dipindahkan, untuk memenuhi pelbagai kegunaan.

Ahli-ahli Bethel yang kini tinggal di rumah sewa dijangka akan berpindah ke bangunan itu pada Februari 2024.

Samuel Campos, ahli Jawatankuasa Cawangan Angola kata, “Kami berdoa serta berganding bahu dengan Rekaan dan Pembinaan Sedunia untuk selesaikan masalah ruangan yang terhad. Pembelian dan pengubahsuaian bangunan itu ialah jawapan daripada Yehuwa untuk doa-doa kami.”

Di Angola, terdapat lebih daripada 160,000 penyiar. Mereka mengadakan lebih daripada 200,000 pembelajaran Bible. Pada tahun lepas, lebih daripada 400,000 orang telah menghadiri Peringatan kematian Yesus. Kita yakin bahawa Yehuwa akan berkati pengubahsuaian bangunan kegunaan Bethel baharu ini yang akan terus memajukan kepentingan Kerajaan Tuhan.—1 Tawarikh 29:16.