Surat kepada Orang Ibrani 5:1-14

  • Yesus lebih unggul daripada imam agung di bumi (1-10)

    • Imam seperti Melkisedek (6, 10)

    • Mempelajari kepatuhan melalui penderitaan (8)

    • Membawa penyelamatan yang kekal (9)

  • Jangan menjadi orang yang tidak matang (11-14)

5  Setiap imam agung yang dipilih daripada kalangan manusia dilantik untuk berkhidmat kepada Tuhan bagi pihak mereka.+ Tugasnya adalah untuk mempersembahkan pemberian dan korban demi dosa mereka.+  Seorang imam agung dapat berbelas kasihan* terhadap mereka yang kurang pengetahuan dan yang berbuat salah,* kerana dia juga perlu berdepan dengan* kelemahan sendiri.  Itulah sebabnya dia juga mesti mempersembahkan korban untuk dosanya sendiri, sepertimana dia mempersembahkan korban untuk dosa orang lain.+  Tidak ada seorang pun yang boleh melantik dirinya sendiri untuk tugas yang mulia ini. Seorang imam agung hanya boleh dilantik oleh Tuhan, seperti yang berlaku kepada Harun.+  Begitu juga, Kristus tidak melantik dirinya sebagai imam agung dan memuliakan diri sendiri.+ Sebaliknya Kristus dimuliakan oleh Dia yang berfirman kepadanya, “Engkaulah anak-Ku; hari ini, Aku menjadi bapamu.”+  Dalam ayat yang lain, Dia juga berfirman, “Engkau ialah seorang imam seperti Melkisedek, dan engkau akan menjadi imam untuk selama-lamanya.”+  Semasa Kristus hidup di bumi, dia memohon dan merayu dengan seruan dan tangisan+ kepada Tuhan yang dapat menyelamatkannya daripada kematian. Oleh sebab dia takut akan Tuhan, Tuhan mendengar doanya.  Walaupun dia Anak Tuhan, dia mempelajari kepatuhan melalui penderitaan yang dialaminya.+  Selepas dia dijadikan sempurna,+ dia diberi tanggungjawab untuk membawa penyelamatan yang kekal kepada semua orang yang patuh kepadanya,+ 10  kerana dia telah dilantik oleh Tuhan untuk menjadi imam agung seperti Melkisedek.+ 11  Masih ada banyak perkara tentang Kristus yang ingin kami sampaikan, tetapi susah bagi kami untuk menjelaskannya kerana pendengaran kamu sudah menjadi tumpul. 12  Sebenarnya, sekarang kamu sepatutnya sudah menjadi guru. Tetapi kamu masih lagi memerlukan orang untuk mengajar kamu dari mula mengenai hal-hal asas+ tentang perkhabaran suci Tuhan. Kamu sudah kembali menjadi seperti orang yang memerlukan susu dan bukannya makanan yang keras. 13  Sesiapa yang terus minum susu merupakan anak kecil,+ dan dia tidak mengenal firman yang benar daripada Tuhan. 14  Sebaliknya, orang matang memakan makanan yang keras. Oleh sebab mereka sering menggunakan daya penilaian mereka, daya penilaian mereka sudah terlatih* untuk membezakan apa yang betul daripada apa yang salah.

Nota Kaki

Atau “bersikap lemah lembut; bersikap sederhana.”
Atau “yang menyimpang.”
Atau “juga dikuasai oleh.”
Perkataan Yunani yang digunakan merujuk kepada latihan yang diterima oleh ahli gimnastik.