Imamat 16:1-34

  • Hari Pengampunan Dosa (1-34)

16  Yehuwa berfirman kepada Musa selepas dua orang anak lelaki Harun mati+ kerana menghadap Yehuwa dengan cara yang tidak diperkenankan-Nya.  Yehuwa berfirman, “Beritahulah Harun bahawa dia tidak boleh masuk sesuka hati ke dalam Bilik Maha Suci+ yang terletak di belakang tirai pemisah,+ lalu berdiri di hadapan penutup tabut. Jika dia berbuat demikian, dia akan mati+ kerana Aku akan menampakkan diri di dalam awan+ di atas penutup itu.+  “Sebelum Harun masuk ke dalam Bilik Maha Suci, dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban dosa+ dan seekor bebiri jantan sebagai korban bakar.+  Dia harus mandi+ lalu memakai jubah linen+ dan seluar linen yang pendek+ untuk menutupi tubuhnya. Dia juga harus mengenakan pengikat pinggang linen+ dan melilit serban linen+ di atas kepalanya. Semua ini merupakan pakaian suci.+  “Umat Israel+ harus memberikan dua ekor kambing jantan sebagai korban dosa dan seekor bebiri jantan sebagai korban bakar kepada Harun.  “Kemudian Harun mesti mempersembahkan lembu jantan itu sebagai korban dosa untuk dirinya sendiri. Dengan cara ini, dia akan memohon pengampunan dosa bagi dirinya+ dan keluarganya.  “Selepas itu, Harun mesti membawa dua ekor kambing itu ke hadapan Aku, Yehuwa, di pintu masuk khemah pertemuan.  Dia mesti membuang undi bagi kedua-dua ekor kambing itu untuk menentukan kambing yang akan dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, dan kambing yang akan menanggung dosa umat.*  Dia mesti mempersembahkan kambing yang telah dipilih+ untuk Aku, Yehuwa, sebagai korban dosa. 10  Tetapi kambing yang dipilih untuk menanggung dosa umat harus dibawa hidup-hidup menghadap Aku, Yehuwa. Dengan cara ini, dosa umat akan diampunkan. Kambing yang akan menanggung dosa umat harus dilepaskan di padang belantara.+ 11  “Harun mesti membawa lembu jantan itu ke mazbah sebagai korban dosa untuk dirinya sendiri. Kemudian dia akan memohon pengampunan dosa bagi dirinya dan keluarganya. Selepas itu, dia mesti menyembelih lembu untuk korban dosa itu.+ 12  “Kemudian Harun mesti mengambil bekas perbaraan+ yang penuh dengan bara api dari mazbah+ yang ada di hadapan Aku, Yehuwa. Dia juga mesti mengambil dua genggam kemenyan yang harum+ lalu membawa semuanya ke dalam Bilik Maha Suci, yang terletak di belakang tirai pemisah.+ 13  Dia mesti meletakkan kemenyan itu di atas bara api di hadapan Aku, Yehuwa,+ supaya asap kemenyan itu menyelubungi penutup+ tabut perjanjian.+ Dengan demikian dia tidak akan mati. 14  “Harun mesti mengambil sedikit darah+ lembu jantan itu dan dengan jarinya, dia mesti memercikkan darah itu sebanyak tujuh kali di hadapan penutup tabut,+ yang menghadap ke arah timur. 15  “Kemudian Harun mesti menyembelih kambing bagi korban dosa untuk umat Israel.+ Dia mesti membawa darah kambing itu ke dalam Bilik Maha Suci, yang terletak di belakang tirai pemisah.+ Dia mesti memercikkan darah+ kambing itu di hadapan penutup tabut, seperti yang dilakukannya dengan darah lembu itu. 16  “Harun mesti menyucikan Bilik Maha Suci daripada kenajisan, pemberontakan, dan dosa umat Israel.+ Dia juga mesti menyucikan khemah pertemuan yang ada di tengah-tengah orang Israel yang najis. 17  “Semasa Harun berada di dalam Bilik Maha Suci, tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk ke dalam khemah pertemuan. Harun akan memohon pengampunan dosa bagi dirinya dan keluarganya+ serta bagi pihak seluruh umat* Israel.+ 18  “Selepas itu, Harun mesti pergi ke mazbah+ yang ada di hadapan Aku, Yehuwa, lalu menyucikan mazbah itu. Dia mesti mengambil sedikit darah lembu dan sedikit darah kambing lalu menyapukan darah itu pada tanduk-tanduk di setiap sisi mazbah. 19  Dengan jarinya, dia mesti memercikkan sedikit darah itu ke atas mazbah sebanyak tujuh kali. Dengan cara ini, dia menyucikan mazbah itu daripada perbuatan najis umat Israel. 20  “Selepas Harun selesai menyucikan+ Bilik Maha Suci, khemah pertemuan, dan mazbah,+ dia mesti mempersembahkan kambing yang masih hidup itu.+ 21  Harun mesti meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas kepala kambing itu, lalu dia mesti mengakui semua kesalahan, pemberontakan, dan dosa umat Israel. Dengan berbuat demikian, dia seolah-olah sudah meletakkan semua dosa umat ke atas kepala kambing tersebut.+ Selepas itu, kambing tersebut mesti dilepaskan di padang belantara oleh orang yang telah ditugaskan untuk berbuat demikian. 22  Ya, kambing itu mesti dilepaskan di padang belantara+ supaya dapat membawa semua dosa umat Israel+ jauh ke padang gurun.+ 23  “Kemudian Harun mesti masuk ke dalam khemah pertemuan, menanggalkan pakaian linen yang dipakainya semasa dia masuk ke dalam Bilik Maha Suci, lalu meninggalkan pakaian itu di sana. 24  Dia mesti mandi+ di halaman khemah pertemuan lalu memakai pakaian yang lain.+ Selepas itu, dia mesti pergi ke mazbah dan mempersembahkan korban bakar untuk dirinya+ dan korban bakar untuk umat Israel.+ Dengan cara ini, dia akan memohon pengampunan dosa bagi dirinya dan bagi pihak umat Israel.+ 25  Dia mesti membakar lemak binatang yang dipersembahkan sebagai korban dosa sehingga asap naik dari mazbah. 26  “Orang yang melepaskan kambing yang menanggung dosa umat+ mesti mencuci pakaiannya dan mandi. Selepas itu, barulah dia boleh masuk ke kawasan perkhemahan. 27  “Lembu jantan dan kambing yang telah dipersembahkan sebagai korban dosa, dan yang darahnya dibawa ke dalam Bilik Maha Suci untuk upacara penyucian, mesti dibawa ke luar kawasan perkhemahan. Kulit, daging, dan tahi binatang-binatang itu mesti dibakar.+ 28  Orang yang membakar semua itu mesti mencuci pakaiannya dan mandi. Selepas itu, barulah dia boleh masuk ke kawasan perkhemahan. 29  “Inilah peraturan yang harus sentiasa dipatuhi: Pada hari ke-10 bulan ketujuh, kamu dan orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu tidak boleh bekerja,+ dan kamu semua harus berdukacita* atas dosa-dosa kamu. 30  Pada hari itu, kamu dapat berbaik semula+ dengan Aku, Yehuwa. Dosa-dosa kamu akan dihapuskan dan kamu akan menjadi suci di mata-Ku.+ 31  Hari itu hari rehat, hari Sabat bagi kamu. Kamu harus berdukacita atas dosa-dosa kamu.+ Peraturan ini haruslah sentiasa dipatuhi. 32  “Imam yang diurapi+ dan dilantik untuk menggantikan bapanya+ sebagai imam,+ mesti menjalankan upacara pengampunan dosa. Dia mesti memakai pakaian linen,+ iaitu pakaian sucinya.+ 33  Dia mesti menyucikan Bilik Maha Suci,+ khemah pertemuan,+ dan mazbah.+ Dia juga mesti memohon pengampunan dosa bagi pihak imam dan bagi pihak seluruh umat Israel.+ 34  Kamu mesti sentiasa mematuhi peraturan ini+ dan memohon pengampunan dosa bagi pihak umat Israel sekali setahun.”+ Harun melakukan segala yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

Nota Kaki

Harfiah, “kambing untuk Azazel.” Lihat Kamus, “Azazel.” Bandingkan Im 16:10, 26.
Atau “sidang.” Lihat Kamus.
Mungkin dengan berpuasa dan mengikut larangan-larangan lain.