Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Buku Kuno untuk Zaman Moden

Buku Kuno untuk Zaman Moden

Banyak orang memandang Bible sebagai buku suci dan menghormatinya. Tetapi Bible bukan sahaja mengajar kita tentang cara menyembah Tuhan, Bible malah memberi kita nasihat yang berguna untuk kehidupan harian.

Mari kita melihat bagaimana sesetengah orang telah meraih manfaat daripada membaca Bible dan menggunakan nasihatnya dalam kehidupan mereka.

“Kehidupan saya lebih tenang. Saya lebih stabil dari segi mental dan emosi, dan saya juga berasa lebih gembira.”​—Fiona.

“Setelah mempelajari Bible, saya mempunyai matlamat hidup dan hidup saya menjadi lebih bermakna.”​—Elena.

“Hidup saya menjadi lebih baik. Sekarang, saya kurangkan masa bekerja, dan dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga saya.”​—Andrew.

Terdapat banyak lagi pengalaman sedemikian. Banyak orang di serata dunia mendapati bahawa Bible mengandungi banyak nasihat yang sesuai untuk kehidupan harian mereka.

Marilah kita lihat bagaimana Bible dapat membantu kita memperbaik . . .

  • Kesihatan fizikal

  • Kesihatan emosi

  • Hubungan dengan keluarga dan sahabat

  • Keadaan kewangan

  • Kerohanian

Rencana-rencana yang berikutnya akan menunjukkan bagaimana Bible ialah sebuah buku suci yang bermanfaat untuk kita.