Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Peroleh Manfaat daripada Pengorbanan Yesus

Peroleh Manfaat daripada Pengorbanan Yesus

 Setiap tahun, Saksi-Saksi Yehuwa dan jutaan orang yang dijemput menyambut ulang tahun kematian Yesus seperti yang diperintahkan olehnya. (Lukas 22:19) Acara ini bantu kita menghargai pentingnya pengorbanan Yesus, dan manfaat yang kita peroleh sekarang dan pada masa depan.—Yohanes 3:16.

 Tidak kira anda menghadiri sambutan Peringatan tahun ini atau tidak, bagaimanakah anda boleh memperoleh manfaat daripada kematian Yesus? Yesus kata bahawa terdapat dua perkara penting yang kita mesti lakukan:

  1.  1. Belajar tentang Tuhan dan Yesus. Semasa berdoa kepada Bapanya di syurga, Yesus kata, “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus, maka mereka mendapat kehidupan kekal.”—Yohanes 17:3.

  2.  2. Terapkan apa yang anda pelajari. Yesus kata bahawa kita mesti menerapkan ajarannya dalam hidup kita. Contohnya, dalam Ceramah Di Atas Gunung, Yesus memuji orang yang ‘mendengar kata-katanya serta menurutnya.’ (Lukas 6:46-48) Pada masa yang lain, Yesus juga pernah kata, “Jika kamu mengetahui hal-hal ini, berbahagialah kamu jika kamu melakukannya.”Yohanes 13:17.

 Inginkah anda belajar tentang Tuhan dan Yesus? Inginkah anda tahu cara untuk menerapkan apa yang telah anda pelajari? Terdapat beberapa perkara yang dapat membantu anda.

Kursus Bible

 Kursus perbincangan Bible kami yang percuma telah membantu banyak orang mempelajari Bible dan menerapkannya dalam kehidupan mereka.

  •   Lihat halaman Kursus Perbincangan Bible untuk tahu lebih lanjut tentang kursus ini.

  •   Sila lihat video Nikmatilah Pembelajaran Bible Anda untuk tahu bagaimana kursus pembelajaran Bible bersama Saksi-Saksi Yehuwa diadakan.

Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa

 Saksi-Saksi Yehuwa berkumpul dua kali seminggu di tempat ibadat yang dipanggil Dewan Perjumpaan. Semasa perjumpaan Kristian, kami belajar tentang Bible dan cara menerapkan ajarannya dalam kehidupan.

 Setiap perjumpaan adalah terbuka kepada umum. Anda tidak wajib menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa untuk menghadirinya. Anda boleh hadir secara bersemuka, atau melalui persidangan video jika aturan ini tersedia di kawasan anda.

  •   Sila lihat video Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan? untuk tahu cara perjumpaan kami diadakan.

Rencana dan video dalam talian

 Di laman web ini, terdapat banyak video dan rencana yang membantu anda belajar lebih lanjut tentang ajaran Yesus dan mengapa pengorbanannya amat penting.

 Contohnya, anda boleh belajar tentang bagaimana kematian satu orang dapat membawa manfaat kepada jutaan orang. Sila baca rencana “Bagaimanakah Yesus Menyelamatkan Kita?” dan “Mengapakah Yesus Menderita dan Mati?” atau lihat video Mengapakah Yesus Mati?