Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JALAN YANG MENUJU KEBAHAGIAAN

Mencari Jalan Itu

Mencari Jalan Itu

ADAKAH ANDA RASA HIDUP ANDA BAHAGIA? Jika ya, mengapa? Adakah anda bahagia kerana keluarga, kerjaya, atau agama anda? Atau adakah anda sedang menantikan sesuatu, seperti masa anda tamat sekolah, mendapat kerja yang baik, atau membeli kereta baharu?

Ramai orang berasa gembira semasa mereka mencapai matlamat sendiri atau mendapat sesuatu yang diingini. Namun, sayang sekali, perasaan gembira sebegitu biasanya tidak tahan lama.

Sebaliknya, kebahagiaan ialah perasaan yang lebih kekal. Seseorang yang bahagia mungkin sekadar berasa puas atau mungkin merasai sukacita yang amat mendalam, dan dia ingin perasaan itu berterusan.

Oleh sebab kebahagiaan ialah suatu perasaan yang berterusan, kebahagiaan bukanlah suatu destinasi atau matlamat, tetapi merupakan perjalanan. Seseorang yang berkata, “Saya akan bahagia apabila . . .” sebenarnya sedang menangguhkan kebahagiaan sendiri.

Kebahagiaan ibarat kesihatan. Untuk hidup sihat, kita perlu menjaga pemakanan, bersenam, dan mengamalkan gaya hidup yang baik. Begitu juga, untuk hidup bahagia, kita harus mengikut jalan hidup yang dibimbing oleh prinsip-prinsip yang bijak.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada jalan hidup yang bahagia? Berikut merupakan beberapa faktor yang utama:

  • BERPUAS HATI DAN BERMURAH HATI

  • JAGA KESIHATAN DAN KUATKAN SEMANGAT

  • KASIH

  • RELA MENGAMPUNI

  • TUJUAN HIDUP

  • HARAPAN

Sebuah buku yang kaya dengan nasihat yang bijak menyatakan, “Berbahagialah orang yang hidup tanpa cela.” (Mazmur 119:1) Mari kita belajar tentang jalan hidup yang membawa kebahagiaan itu.