Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Suhu Pecah Rekod di Seluas Dunia—Apakah yang Bible Katakan?

Suhu Pecah Rekod di Seluas Dunia—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada Julai 2022, suhu pecah rekod dilaporkan di seluruh dunia:

  •   “Untuk kali kedua pada bulan ini, China mengumumkan amaran gelombang haba tahap tertinggi di kira-kira 70 bandar.”—25 Julai 2022, CNN Wire Service.

  •   “Kebakaran hutan merebak di Eropah akibat gelombang haba yang berterusan.”—17 Julai 2022, The Guardian.

  •   “Pada hari Ahad, banyak bandar mencatatkan suhu tertinggi apabila gelombang haba melanda kawasan selatan, barat tengah, dan pantai timur Amerika Syarikat.”—24 Julai 2022, The New York Times.

 Apakah erti semua kejadian ini? Adakah bumi akhirnya akan musnah dan tidak dapat didiami lagi? Apakah yang Bible katakan?

Adakah gelombang haba mempunyai kaitan dengan nubuat Bible?

 Ya. Yesus kata bahawa “kejadian yang menakutkan,” atau “perkara-perkara dahsyat,” akan berlaku pada zaman ini. (Lukas 21:11; Alkitab Versi Borneo) Sememangnya, gelombang haba di serata dunia merupakan salah satu kejadian tersebut. Banyak orang takut bahawa peningkatan suhu yang melampau akibat kegiatan manusia akan menyebabkan kemusnahan bumi.

Adakah bumi akan musnah?

 Tidak. Tuhan menciptakan bumi untuk menjadi tempat tinggal kita buat selama-lamanya. (Mazmur 115:16; Pengkhutbah 1:4) Maka, Tuhan tidak akan membiarkannya dimusnahkan oleh manusia. Sebaliknya, Dia berjanji untuk “membinasakan orang yang merosakkan bumi.”—Wahyu 11:18.

 Perhatikan dua lagi perkara yang Tuhan akan lakukan pada masa depan:

  •   “Padang belantara dan tanah yang gersang akan bersukacita. Padang gurun akan bergembira dan dipenuhi bunga-bunga.” (Yesaya 35:1) Tuhan tidak akan membiarkan bumi menjadi gurun yang kering-kontang. Sebaliknya, Dia akan memulihkan kawasan yang telah dirosakkan manusia.

  •   “Engkau memelihara bumi dan menjadikan tanahnya sungguh baik dan subur.” (Mazmur 65:9) Tuhan akan mencurahkan berkat-Nya dan menjadikan bumi kita firdaus yang indah.

 Untuk tahu lebih lanjut tentang kaitan antara perubahan iklim dengan nubuat Bible, bacalah rencana “Apakah yang Bible Katakan tentang Perubahan Iklim dan Masa Depan Kita?

 Untuk belajar lebih banyak tentang janji Tuhan bagi bumi, bacalah rencana “Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?