Lompat ke kandungan

Galeri Foto Wallkill 1 (Julai 2013 hingga Oktober 2014)

Galeri Foto Wallkill 1 (Julai 2013 hingga Oktober 2014)

Saksi-Saksi Yehuwa sedang menambah luas dan menaikkan taraf kompleks Wallkill, New York. Dalam galeri foto ini, lihatlah kemajuan projek pembinaan dari bulan Julai 2013 hingga bulan Oktober 2014. Projek ini dijadualkan untuk tamat pada bulan November 2015.

Pandangan dari atas kompleks Wallkill pada 21 Oktober 2013.

  1. Kilang makanan haiwan (dirobohkan pada bulan Januari 2014)

  2. Bahagian tambahan bagi dobi

  3. Ruang makan

  4. Kediaman E

  5. Bangunan Perkhidmatan

  6. Bangunan Percetakan

  7. Shawangunk Kill (anak sungai)

12 Julai 2013​—Bahagian tambahan bagi dobi

Sebuah kren meletakkan panel-panel dinding yang siap dipasang di tempat yang ditetapkan.

19 Julai 2013​—Kediaman E

Para pekerja meletakkan kepingan polimer yang dikuatkan dengan gentian (FRP) ke dalam lantai konkrit. Kira-kira 7,600 meter bahan ini telah digunakan untuk menguatkan struktur bangunan agar lebih tahan gempa.

5 Ogos 2013​—Kediaman E

Dinding bata sedang dibaiki.

30 Ogos 2013​—Bahagian tambahan bagi dobi

Rangka keluli sedang dipasang agar bilik peralatan mekanikal yang baharu dapat dibina.

17 September 2013​—Kediaman E

Seorang pekerja memotong lapisan bumbung yang baharu.

15 Oktober 2013​—Kediaman E

Para pekerja mencari gelembung udara di dalam kepingan FRP. Jika ada gelembung udara, mereka perlu menambahkan kepingan FRP.

15 November 2013​—Bahagian tambahan bagi dobi

Para pekerja melakukan kerja di atas bumbung, termasuk memasang kipas ekzos yang baharu.

9 Disember 2013​—Kediaman E

Bahan pelekat struktur disuntik ke dalam rekahan-rekahan kecil pada konkrit. Kerja menguatkan struktur bangunan ini agar tahan gempa memakan masa kira-kira satu tahun setengah.

11 Disember 2013​—Bahagian tambahan bagi dobi

Seorang pekerja membuat persiapan bagi pemasangan stesen pengangkutan air buangan yang baharu.

10 Januari 2014​—Kilang makanan haiwan

Mesin pengangkut bijian dirobohkan. Mesin ini beroperasi dari tahun 1960-an hingga tahun 2008. Mesin ini tidak digunakan lagi sejak Wallkill tidak lagi menternak ayam, babi, atau lembu.

22 Januari 2014​—Bangunan Perkhidmatan

Tempat duduk ditanggalkan agar dewan ini dapat diubah suai sepenuhnya.

29 Januari 2014​—Kilang makanan haiwan

Tong-tong besar ini pernah digunakan untuk menyimpan makanan haiwan.

3 Mac 2014​—Bangunan Percetakan

Setelah siap diubah suai, bangunan ini akan digunakan oleh Bahagian Latihan Teknikal.

4 Julai 2014​—Bangunan Perkhidmatan

Seorang tukang kimpal menguatkan struktur sebatang tiang.

19 September 2014​—Ruang makan (Kediaman E)

Permaidani dipasang di bahagian yang telah digunakan sebagai dewan makan pekerja pembinaan.

22 September 2014​—Kediaman E

Dinding ruang separa bulatan di aras pertama sedang disiapkan.

24 September 2014​—Bangunan Perkhidmatan

Tetulang keluli sedang dipasang untuk pemasangan lif baharu.

2 Oktober 2014​—Ruang makan (Kediaman E)

Ruang makan yang telah diluaskan ini dapat memuatkan sebanyak 1,980 orang.

22 Oktober 2014​—Bangunan Perkhidmatan

Penggalian dilakukan untuk memperbesar tapak tiang. Hal ini akan menguatkan struktur bangunan agar tahan gempa.