Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Mengharamkan Wayang, Buku, atau Lagu Tertentu?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Mengharamkan Wayang, Buku, atau Lagu Tertentu?

 Tidak. Organisasi kami tidak mengulas wayang, buku, atau lagu tertentu lalu menentukan apa yang boleh atau tidak boleh diterima oleh Saksi. Mengapakah tidak?

Bible menggalakkan setiap orang untuk menggunakan daya pemikiran agar dapat “membezakan yang baik daripada yang jahat.”​—Ibrani 5:14.

Ayat-ayat Bible memberikan prinsip-prinsip asas yang boleh direnungkan oleh orang Kristian semasa mereka memilih hiburan. a Matlamat kami ialah ‘berusaha untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan’ dalam setiap segi kehidupan.​—Efesus 5:10.

Bible mengajar bahawa kepala keluarga bertanggungjawab ke atas keluarganya. Maka, di dalam keluarga, mereka boleh menentukan sama ada sesetengah hiburan dibenarkan atau tidak. (1 Korintus 11:3; Efesus 6:1-4) Namun demikian, tiada sesiapa yang harus melarang filem, lagu, atau artis tertentu bagi pihak Saksi lain.​—Galatia 6:5.

a Contohnya, Bible mengutuk apa sahaja yang mengandungi unsur keganasan, spiritisme, atau perbuatan seks yang tidak bermoral.​—Ulangan 18:10-13; Efesus 5:3; Kolose 3:8.